Lumayan : Peminta derma Palestin, RM150 dalam masa 30 minit

Atas nama tanggungjawab untuk menyiasat kegiatan mengutip derma di Malaysia, seorang wartawan di laman berita Malaysian Digest telah pergi sendiri menyamar sebagai peminta derma untuk mengalami sendiri bagaimana pemurahnya rakyat kita tanpa usul periksa.

Wartawan tersebut telah memilih lokasi strategik Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sekitar Masjid Jamek dengan berbekalkan sebuah tabung yang disaluti poster kanak-kanak palestin untuk meraih simpati orang ramai untuk menderma.
Dalam masa satu jam sahaja, beliau berjaya mengutip RM150 daripada mereka yang lalu lalang tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya memeriksa aktiviti mengutip derma ini.

Dalam kira kira ringkas yang beliau tampilkan bersama artikel, selama 30 minit beliau menyamar sebagai peminta derma sebanyak RM150 telah berjaya dikutip dan secara kasar jika peminta derma lain (sama ada sah atau pun sindiket) berdiri disitu selama 8 jam sehari, mereka mampu memperoleh RM2,400 sehari atau RM72,000 sebulan.
Dan itu hanya seorang peminta derma, jika ianya sindiket yang dibantu oleh peminta derma dengan bilangan puluhan orang. Berapa pula jumlah yang berjaya dikutip dari simpati orang ramai.
Persoalan yang lebih penting, adakah jumlah yang yang banyak itu sampai ke tangan yang benar benar memerlukan. Sumber

0 Response to "Lumayan : Peminta derma Palestin, RM150 dalam masa 30 minit "

Catat Ulasan