Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun cerita seorang bayi telah maut gara-gara tali pusat tidak ditangani dengan betul kini tersebar di media siber dan aplikasi mesej Whatsapp.
Kisah ini dipercayai bermula selepas seseorang berkongsi gambar tali pusat bayi yang hitam dan berulat di laman Facebook dengan keterangan seperti di bawah:
‘Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor. Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya bayi ni baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat. Kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi inilah jadinya. Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga jangan terlalu memandai kalau tak pasti kesannya..’
Sebenarnya agak pelik juga bagaimana kes seperti ini boleh berlaku memandangkan ibu baru bersalin biasanya dijaga orang tua yang berpengalaman dan boleh memberikan nasihat serta panduan.
Selain itu amalan mengunjungi ibu dan bayi di rumah untuk memantau keadaan mereka selepas seminggu kelahiran adalah amalan biasa hospital awam mahu pun sesetengah hospital swasta pada hari ini.
Apa pun, ini adalah pengajaran berguna buat bakal ibu di luar sana.
Pastikan anda mempunyai pengetahuan secukupnya tentang cara penjagaan bayi untuk memastikan kesihatan si kecil terjaga selepas kelahirannya jika anda berpantang sendiri ok? Credit MNH
0 Response to "Ngeri : Bayi meninggal dunia kerana tali pusat berulat ?"
Catat Ulasan