3 Gambar Ugut bakar pelanggan bank, mati ditembak

Georgetown: Seorang lelaki yang cuba merompak bank selain mengugut membakar pelanggan bank tersebut maut ditembak pengawal keselamatan dalam satu kejadian di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi apabila suspek berusia 30-an masuk ke dalam bank dan terus menjerit "rompakan" dalam bahasa Mandarin.
Pemangku Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, berdasarkan siasatan awal suspek dikatakan menyimbah satu botol petrol ke arah beberapa pelanggan manakala sebotol lagi di atas kaunter.


Beliau berkata, siasatan mendapati semasa suspek cuba mengugut untuk membakar pelanggan seorang pengawal keselamatan berusia 29 tahun terus menembak suspek dari arah hadapan menggunakan pump gun.

Katanya, suspek dikatakan rebah dengan kesan tembakan berhampiran mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan hasil siasatan lanjut ke atas badan suspek menemui sebilah parang di pinggang dan petrol yang diisi dalam botol air mineral. Harian Metro

0 Response to "3 Gambar Ugut bakar pelanggan bank, mati ditembak "

Catat Ulasan