Perodua dedah foto model baharu di web mereka


Setelah agak lama berteka-teki, Perodua akhirnya mendedahkan foto model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di laman web rasminya pagi tadi. 

Tidak memberikan sebarang butiran lanjut, foto itu hanya disertakan dengan status yang berbunyi: Kereta masa depan kami mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi tanpa berkompromi terhadap prestasi pemanduan.
Perodua turut menegaskan bahawa model baharu itu merupakan cerminan kepada standard baru pengeluar kenderaan tersebut dan dibina berdasarkan kepada inspirasi global serta inovasi tempatan.
Model yang dianggap sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) itu dikatakan mampu menawarkan penjimatan sehingga 22 kilometer bagi setiap liter petrol. Masih belum dapat dipastikan namanya (besar kemungkinan Axia), jentera tersebut didakwa akan dijana oleh unit enjin tiga silinder bersesaran 1.0 liter. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan yang baru atau transmisi manual lima kelajuan.
Perodua pernah menyatakan bahawa model ini tidak menggantikan Viva. Sebaliknya, ia akan diposisikan di antara model Viva dan Myvi. Maka, kita boleh andaikan saiznya adalah sedikit besar daripada Viva.
Apa pun, ia pasti menjadi pesaing utama buat model kompak daripada Proton yang dijangka turut diperkenalkan pada tahun ini.Credit mekanika.com.my , Perodua.com

0 Response to "Perodua dedah foto model baharu di web mereka "

Catat Ulasan