Pilih lihat dan tiru dahulu baru projek

Kuala Lumpur: Tonton dan tiru aksi lucah. Itulah idea jijik diperkenalkan empat pusat urutan tradisional di Jalan Rimbunan Raya, Kepong di sini, yang sengaja menyajikan tayangan video kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat seks.
Pelanggan seolah-olah digalakkan meniru aksi ditonton pada filem pornografi itu sebelum memilih 26 wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Indonesia yang dijadikan pelacur di pusat urut berkenaan.
Difahamkan semua wanita berusia 18 hingga 32 tahun terbabit yang diperdagangkan sindiket pelacuran tempatan dikawal pergerakan mereka sepanjang masa oleh beberapa ahli sindiket.
Malah pasport milik semua mangsa ini disimpan oleh sindiket pelacuran bagi mengelakkan mereka melarikan diri.
Bagaimanapun kegiatan jenayah itu terbongkar selepas sepasukan anggota Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) C Bukit Aman melakukan serbuan mengejut di premis itu jam 4.30 petang semalam.
Serbuan serentak itu diketuai Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff bersama 10 pegawai dan 27 anggota polis.
Kamal berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di premis itu bertindak melakukan serbuan serentak dan berjaya menyelamatkan semua wanita warga asing terbabit.
Menurutnya, enam penjaga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 23 hingga 40 tahun turut diberkas.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua wanita terbabit dipaksa menjadi pelacur dan pasport milik mereka disimpan oleh ahli sindiket.
“Risikan mendapati pelanggan membayar RM140 hingga RM200 untuk mendapatkan khidmat seks selain disajikan tayangan filem lucah,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas kondom dan wang tunai sebanyak RM500 daripada suspek.
“Semua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12 ATIP,” katanya.

0 Response to "Pilih lihat dan tiru dahulu baru projek"

Catat Ulasan