Kuala Lumpur : Seorang konstabel polis yang didakwa melepaskan tembakan amaran terhadap orang awam di Jalan Ampang di ibunegara Ahad lalu telah dikenakan tindakan ‘Non Active Duty’.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata anggota polis berkenaan tidak dibenarkan memakai uniform dan menggunakan senjata api.
“Polis Kuala Lumpur sedang melakukan siasatan berhubung kes itu, polis Selangor masih menunggu keputusan lanjut sebelum tindakan seterusnya dapat diambil terhadapnya.
“Saya tidak pasti sama ada anggota polis itu sedang bertugas di Balai polis Sepang atau sebaliknya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau menambah, anggota polis berkenaan hanya akan dibenarkan bertugas di dalam pejabat buat masa ini.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan dalam insiden Ahad lepas, seorang anggota polis yang ‘dalam keadaan mabuk’ telah mengacukan pistol di hadapan orang awam dan kemudian melepaskan tembakan amaran ke udara di hadapan sebuah kelab di Jalan Ampang.Suara TV
0 Response to "Polis mabuk lepaskan tembakan di Jalan Ampang dikenakan tindakan "
Catat Ulasan