Mahkamah Tinggi Hyderabad telah pun mengeluarkan notis ke atas akres Bollywood, Mallika Sherawat kerana berikutan sebuah poster yang menampilkan filem lakonan terbarunya, Dirty Politics.
Poster itu menampilkan Mallika Sherawat dalam keadaan separuh bogel dengan diselubungi kain yang mengunakan 3 warna yang juga melambangkan bendera kebangsaan, India.
Poster itu menampilkan Mallika Sherawat dalam keadaan separuh bogel dengan diselubungi kain yang mengunakan 3 warna yang juga melambangkan bendera kebangsaan, India.
Mahkamah Tinggi juga turut mengeluarkan notis terhadap produser filem Dirty Politics iaitu KC Bokadia. Petisyen tersebut telah difailkan pada minggu lalu oleh seorang aktivis kemanusian, T Dhangopal Rao yang menganggap bahawa Mallika serta produser filem itu telah menghina bendera kebangsaan India.
"Menggunakan bendera kebangsaan untuk tujuan komersil adalah satu penghinaan kepada negara," kata T Dhangopal Rao yang turut mendesak supaya produser filem itu menghentikan segera penggunaan poster tersebut dalam apa jua aktiviti promosi. Murai

0 Response to "Poster filem separuh B gel Mallika sherawat dikecam"
Catat Ulasan