Antara pasangan yang menarik perhatian peminat di musim perayaan ini adalah pasangan yang sering dilanda angin pasang tak lain tak bukan pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose.
Alhamdulillah mereka dilihat masih lagi bahagia bergelar pasangan kekasih. Buktinya bila Syawal ini mereka berdua dilihat mesra apabila foto beraya bersama dimuatnaik di laman Instagram.
Di sebalik itu pula ada pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.
Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas.
Ramai peminat tidak berpuas hati cara mereka berpelukan mesra malah ada yang mengatakan mereka sperti pasangan suami isteri namun terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera kan. Yang salah tetap salah tetapi setidak-tidaknya mereka tidak hipokrit kan Walaupun tidak bersentuh kulit.
Pada Qi dan Nelydia semoga hubungan mereka terus berkekalan sehingga kejinjang pelamin dan membuktikan hubungan mesra mereka adalah dari ikatan cinta suci mereka.
0 Response to "Qi Razali & Nelydia Senrose dikecam berpeluk mesra bagai suami isteri ?"
Catat Ulasan