Kalau tidak kerana Ramona Zamzam, mungkin aktor Dazrin Kamarudin dan aktres Amyra Rosli sudah berkahwin sekarang.
Begitulah kata-kata yang dilemparkan kepada pelakon ini. Dia mendakwa masyarakat tidak tahu hujung pangkal dan melulu menganggap Ramona sebagai perampas yang memusnahkan hubungan pasangan tersebut musnah.
Apabila pasangan itu memberi kenyataan yang perkahwinan mereka yang telah dibatalkan, dakwa Ramona banyak mata menjeling kepadanya seolah-olah dia yang menjadi perosak pasangan tersebut.
Meski sudah berulang kali menafikan, kata Ramona dia sukar menjernihkan pandangan masyarakat yang dia sebagai perampas.
Ramona mengakui hatinya terguris apabila terpaksa berhadapan dengan tuduhan begitu. Dia juga mendakwa semua itu tidak pernah berlaku.
"Saya juga hairan kenapa segelintir masyarakat kita ini begitu mudah percaya kepada perkara yang belum tentu kesahihannya. Hanya kerana sekeping gambar ?
"Gambar yang tiada langsung menunjukkan yang saya ini perempuan perampas. (Dia) Itu kan kawan saya!" katanya mengenang kembali kontroversi yang berlaku kira-kira dua minggu lalu.
Sambil menarik nafas dalam-dalam, dia menyusun bicara mengenai isi hatinya yang sebenar.
"Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk merampas mana-mana lelaki yang sudah memiliki isteri, tunang atau teman wanita. Saya tidak segila itu.
"Saya masih rasional untuk tidak berbuat perkara seumpama itu. Perkara kalau boleh dielak, kenapa nak buat juga, betul tak ?
"Orang kata saya wanita perampas. Apa buktinya? Dazrin itu kawan saya. Macam saya katakan, sudah lama kami berkawan. Tidak timbul soal jatuh cinta sebab saya tahu dia ada teman wanita.
"Gilakah saya untuk merampas hak orang sampai memusnahkan sebuah hubungan yang kita semua tahu yang tak lama lagi mereka akan berkahwin (pada waktu itu)," katanya kecewa.
Tahu dia berada di pihak yang benar kata Ramona, dia tetap melampirkan jawapan yang serupa setiap kali ditanya mengenai hal berkenaan yang dilihat canggung di mata orang.
Bagaimanapun kata Ramona, dia akui sebenarnya sudah dapat menjangkakan tuduhan itu lambat laun akan berlaku memandangkan dia tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan dirinya.
"Sebelum ini pernah ada sahabat saya menasihatkan agar saya berhati-hati memuat naik gambar dengan lelaki bimbang ada yang akan salah faham.
"Tapi bagi saya tidak ada salahnya kalau bergambar begitu. Bukan intim atau gambar tidak senonoh. Tahu-tahu saja orang tuduh saya perampas. Kelakar juga sebab saya tak sangka mentaliti segelintir masyarakat sejauh itu.
"Kalau saya nak merampas atau terlibat dengan cinta lokasi, tolonglah... dah lama patut berlaku. Tak ada pun selama ini. Sebab saya jaga semua itu. Saya masih tahu batas antara kawan," katanya. Credit Utusan
0 Response to "Ramona Zamzam rasional seorang Perampas "
Catat Ulasan