4 Gambar : Nabila Huda terlalu S eksi jadi Saloma

Lagi isu kutukan di internet ? Memang tidak akan senyaplah isu ini kerana setiap artis yang sedang naik memang akan dikutuk dan dikeji sambil-sambil dipuja dan diminati.
Merangkap isu pemakaian pelakon Nabila Huda yang boleh dianggap sebagai ‘hot stuff’ kerana selalu dipilih pengarah untuk menjayakan pelbagai watak kerana bakatnya, beliau dikenali juga kerana imejnya yang agak seksi sehingga ramai juga yang kurang senang.
Baru-baru ini beliau dipertanggungjawabkan memegang watak ‘Saloma’ untuk satu penggambaran filem biopik khas tentang Saloma, isteri kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Biasalah, kalau diingatkan pemakaian wanita zaman-zaman itu, sememangnya kebanyakannya ketat dan mendedah.
Untuk mengembalikan ‘mood’ zaman itu, Nabila telah memakai pakaian-pakaian yang agak seksi untuk menghidupkan watak ini. Namun, memang pun Saloma berpakaian sebegitu. Kalau tidak percaya, anda boleh rujuk balik semua filem-filem lama lakonannya.
Kami bukanlah mahu membela Nabila dan mengatakan berpakaian sebegini adalah elok, kami faham juga sensitiviti kita yang beragama Islam ini rasa kurang senang dengan cara pemakaian gadis ini. Tapi, sebarang teguran lebih baik kalau dengan berlembut dan komunikasi yang bagus. Ramai pula yang mula mengutuk dan mengeji gambar-gambar Nabila di Instagram terutamanya yang melibatkan pemakaiannya sebagai ‘Saloma’.


Fuh, memang seksi. Apa pun, kami harap peminat yang prihatin dan mungkin sayangkan Nabila, tegurlah beliau dengan cara elok. Dakwah tidak pernah digalakkan dengan kekasaran, bukan?
Sekurang-kurangnya gadis ini berbakat dan bukan setakat menjual imej seksi untuk publisiti. Kami pasti akan sampai masanya Nabila akan mula bertudung litup. Kita doakan semoga sampai hidayah padanya, okay ? Credit myartis.my

0 Response to "4 Gambar : Nabila Huda terlalu S eksi jadi Saloma "

Catat Ulasan