Ustaz Khairul Azli kini teman istimewa Abby Abadi

Wah, dalam diam tak diam, pelakon, penceramah bebas dan business woman iaitu Abby Abadi kini khabarnya berkawan rapat dengan seorang jejaka? Abby yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan juga lelaki muda dari Kelantan iaitu Farhan, khabarnya sedang rapat dengan jejaka yang tampan iaitu Khairul Azli. Abby dan Muhammad Noor Farhan sebelum ini bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan di Selatan Thailand sebelum bercerai sekitar akhir bulan Mei lalu. 

abby-abadi-khairul-azli-2
Abby juga ada berkongsi gambar lelaki itu dan memuatnaik ucapan hari lahir istimewa di laman sosial Instagramnya buat tatapan peminat… dan juga pihak media. Siapa Khairul Azli ini ? 
Bagi pembaca Wanista yang mengenali beliau, bolehlah kongsikan di ruangan komen di bawah ya? Kami harap kalau betullah serius hubungan mereka, harap kekal ke jinjang pelamin.  Kami pun nak tengok Abby gembira juga ! Credit Wanista

0 Response to "Ustaz Khairul Azli kini teman istimewa Abby Abadi "

Catat Ulasan