Eksklusif : Penjelasan gambar S eksi Lana Nordin yang dimuatnaik rakannya

Aktres Lana Nordin dengan tegas menjelaskan bahawa gambar-gambar yang seksi yang tersebar di media sosial itu adalah gambar lamanya.
Malah, ianya telah dimuat naik oleh kawan rapatnya Stephanie Liah yang bukan beragama Islam.
“Saya pun terkejut juga dengan gambar itu, tapi gambar itu telah dihastag ‘throwback’ semasa saya hadiri sambutan majlis ulang tahun kelahiran kawan-kawan saya tahun lalu. Saya mohon kepada semua saya minta maaf kerana gambar itu telah mencetuskan kontroversi yang negatif,” .
Dalam pada itu, Lana memberitahu Stephanie tidak ada niat untuk memburuk-burukkanya dan rakannya itu telah momohon maaf. Ianya terjadi setelah Stephanie membeli telefon baru, ketika memindahkan data gambar dari telefon lama ke baru.
Stephanie menyedari ada gambarnya bersama Lana dan memuat naik di Instagram dan dihastag ‘throwback’ sebagai menghargai tanda persahabatan mereka.
“Ini semua salah faham, saya harap jangan diperbesarkan lagi, saya pun tidak salahkan dia 100% kerana dia pun tidak tahu saya sudah pulang dari umrah kerana dia tidak ada di Malaysia atas urusan kerja. Saya baru berjumpa dia baru-baru ini dan telah menjelaskan segala-galanya dan barulah dia faham,” ujar Lana.
Sehubungan dengan itu, Murai juga turut mendapat komen dari Stephanie dan menjelaskan ini semua adalah salah faham dan tidak ada niat untuk dia memburukkan imej Lana.
“Saya sudah mohon maaf dengan Lana, bagi saya adalah perkara biasa untuk memuat naik gambar tersebut walaupun ia adalah gambar lama. Pengetahuan saya mengenai agama Islam juga tidak banyak, saya tidak tahu yang Lana telah pergi ke Mekah untuk mengerjakan Umrah,” kata Stephanie.
Dia juga tidak menyangka gambar itu menjadi isu besar dan menyebabkan orang ramai menyalahkan Lana dengan begitu teruk sekali dek kerana Lana sudah pulang dari Umrah.
“Kalau saya tahu impaknya sebegini memang saya tak akan muat naik, sekali lagi saya mohon kepada orang ramai, jangan menuduh Lana yang bukan-bukan kerana saya dan dia sudah berkawan sudah lama dan bukannya sehari dua.”
Dalam perkembangan lain, Lana sedang sibuk dengan pengambaran Telenovela ‘Cinta Ibadah’ dan Ajaibnya Cinta arahan Erma Fatima. Credit Murai 

0 Response to "Eksklusif : Penjelasan gambar S eksi Lana Nordin yang dimuatnaik rakannya"

Catat Ulasan