JOHOR BAHRU : Seorang jurugambar bebas ditahan pihak berkuasa agama selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga ustazah di salah sebuah sekolah tahfiz di sini, awal pagi kelmarin.
Ketika ditahan lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an itu mendakwa dia baharu masuk ke bilik bakal tunangnya itu untuk menghantar ubat atas permintaan ustazah berkenaan yang demam.
Lelaki berkenaan yang mendaftar dua bilik berasingan sebelum itu mendakwa dia dari Tangkak, Ledang dan bermalam di hotel berkenaan kerana mempunyai urusan kerja di bandaraya ini.
Ustazah terbabit memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk membungkus pakaiannya sebelum dibawa menaiki van Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).
Sementara itu, seorang wanita warga Vietnam hanya mampu menangis dan merayu penguat kuasa supaya tidak ditahan selepas ditangkap berdua-duaan dengan pasangannya yang berasal dari Bangladesh.
Kedua-duanya yang berusia lingkungan lewat 20-an didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah ditahan untuk siasatan lanjut selain akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi proses pengusiran.
Kesemua yang ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) itu dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat Jaij untuk tindakan lanjut.
Serbuan Operasi Ambang Merdeka disertai sembilan anggota dan pegawai diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari yang juga bertindak sebagai ketua penguatkuasa operasi berkenaan.Sinar

0 Response to "Jurugambar disyaki berkhalwat dengan ustazah"
Catat Ulasan