Seorang juruterbang pesawat penerbangan Indonesia, Garuda dilaporkan meninggal dunia ketika pesawat yang dikendalikannya sedang membuat pendaratan. Pesawat itu bernasib baik kerana pembantu juruterbang berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat.
Dalam kejadian 2.45 petang waktu Indonesia itu, pesawat terbabit sedang membawa 70 orang penumpang dan dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Lombok menuju ke Bima di Nusa Tenggara Barat.
Dianggarkan sekitar 15 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat, pembantu juruterbang bernama Stenly memaklumkan bahawa juruterbang, Kapten Ramdanto telah mengalami sesak nafas. Stenly kemudiannya meminta kebenaran untuk mendaratkan pesawat bersendirian.
Ramdanto ditemui telah meninggal dunia di dalam pesawat dan jenazahnya telah dikejarkan ke hospital.
Keterangan daripada anak kapal pesawat menunjukkan juruterbang terbabit telah mengadu tidak sihat sebelum pesawat berlepas, Doktor mengesahkan juruterbang terbabit mengalami serangan jantung.
0 Response to "Juruterbang meninggal dalam pesawat"
Catat Ulasan