Johor Bahru: Dua pelajar institut pengajian tinggi awam berusia awal 20 an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor awal pagi tadi.
Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua pelajar terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).
Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.
Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjang.
Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.
Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi.
0 Response to "Penuntut IPTA pasangan Lesbian di tahan bersama Z AKAR PALSU"
Catat Ulasan