Penghijrahan pengacara comel molek rancangan gosip MeleTOP, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25 menjelang Ramadan lepas diterima baik peminat setianya. Ia sekaligus memulihkan reputasi pengacara ini yang sebelumnya sering dihimpit kontroversi mengaitkan dirinya.
Ketika itu juga dia rancak menjana perniagaan menerusi beberapa produk kecantikan dan fesyen seperti Lofalens, set kanta lekap serta pakaian buat muslimah, Naelofar dan Bokkita Hijab yang terdiri daripada abaya(jubah) serta telekung dan tudung.
Pada awal minggu lalu Neelofa tampil dengan sayap baru perniagaannya apabila melancarkan koleksi tudung yang diberi nama Naelofar Hijab turut mendapat sambutan hangat oleh peminat serta hijabista khususnya.
Namun tidak sampai beberapa hari, nama Neelofa kembali menjadi hangat apabila rekaan tudung Naelofar Hijab tersebut dikatakan ditiru oleh pihak artis ini. Ia berdasarkan dakwaan yang dibuat di Instagram oleh seorang pereka fesyen muda, Zharin Hariz.
Zharin Hariz yang difahamkan pemilik butik tudung berjenama Sastra Hijabs itu membuat pendedahan tersebut di laman Instagram Naelofar Hijab sebelum dia disekat akaun tersebut dan komennya dipadam oleh admin @naelofarhijab Selasa lepas.
Ekoran itu, pereka fesyen muda tersebut telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya dan menuduh Neelofa telah meniru rekaan tudung dibawah nama Sastra Hijabs itu dan melancarkan koleksi tudungnya sendiri dengan nama Naelofar Hijab.
Zharin yang baru menamatkan pengajiannya tidak lama dulu adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menyatakan bahawa selebriti tersebut telah mengunjungi salah sebuah bazaar yang disertai pereka muda ini tidak lama dulu.
Neelofa dan ibunya dikatakan telah membeli tudung Sastra Hijabs tersebut dalam jumlah yang banyak menurut penjelasannya di Instagram.
Susulan itu pereka ini telah dihujani pertanyaan dari rakan serta kenalan yang prihatin tentang nasib yang menimpa pereka yang baru ingin bertapak tersebut dan tidak kurang juga yang mengusulkan dia mengambil tindakan undang-undang ekoran kes yang boleh diklasifikasikan kecurian harta intelek tersebut.
Pihak Murai cuba menghubungi pihak Neelofa tetapi rakan media di Astro Gempak memberitahu bahawa pihaknya yang terlebih dulu cuba menghubungi pengacara Nona tersebut namun gagal. Difahamkan dia kini berada di luar negara atas urusan kerja dan akan pulang tidak lama lagi menurut pengurus artis tersebut yang dihubungi. credit Murai
0 Response to "Neelofa di dakwa Ciplak Rekaan Tudung Jenama Sastra Hijab ?"
Catat Ulasan