Dua warga British ditemui mati di tepi pantai di sebuah pulau peranginan yang popular di Teluk Siam dipercayai dibunuh.
Pasangan British tersebut ditemui dalam keadaan badan dan kepala mereka mengalami beberapa kesan luka di pantai Pulau Tao yang agak popular di Teluk Siam.
Polis mengenalpasti, wanita yang meninggal dunia itu berusia 23 tahun manakala temannya berusia 24 tahun.
"Mayat mereka ditemui 30 meter daripada bungalow tempat mereka menginap," ujar Jakkrapan, sambil menambah yang pasangan itu tiba di Thailand pada 25 Ogos lalu.
Katanya lagi, pakaian mangsa telah ditemui berdekatan dengan tempat kejadian malah polis turut menemui sebilah tajak dengan kesan darah di tempat kejadian.
polis mendedahkan dua pelancong backpacker yang ditemui mati di sebuah pusat peranginan di Thailand dipercayai dibunuh oleh rakan senegara mereka.
Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian di pantai Pulau Koh Tao dengan beberapa kesan luka dalam di kepala dan muka.
Polis percaya pasangan tersebut diserang dengan menggunakan sebatang cangkul yang ditemui berlumuran darah bersama pakaian mereka.
Malah, polis turut mengesyaki Witheridge mungkin dirogol.
Pegawai polis berkata mereka perlu bertemu dengan salah seorang rakan Miller yang meninggalkan pulau popular dengan aktiviti skuba dan menyelam itu dengan menaiki feri pertama pada Isnin. Mstar
0 Response to "Pasangan warga Britain ditemui mati dalam keadaan b0gel di Teluk Siam"
Catat Ulasan