Video Tragis :Terperangkap dikandang maut dibaham harimau

Satu kejadian yang sangat tragis telah berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih beberapa hari yang lepas.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku apabila besi penghadang terlalu rendah menyebabkan mangsa tergelincir lalu tercampak ke dalam kandang harimau.
Pada mulanya, harimau itu tidak menyerang mangsa tetapi mula bertindak ganas selepas beberapa kanak-kanak membaling kayu dan batu ke arahnya konon untuk mengalih perhatian haiwan tersebut.
Harimau putih yang digelar Mohan berusia 7 tahun itu kemudiannya menggigit leher mangsa lalu mengheretnya ke tempat lain.
Pihak polis dan pengawal keselamatan yang dipanggil tak mampu berbuat apa-apa kerana mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setibanya mereka di sana.

0 Response to "Video Tragis :Terperangkap dikandang maut dibaham harimau"

Catat Ulasan