Di musim perayaan tidak kiralah Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, memang orang Lembah Klang akan ambil cuti yang panjang untuk balik ke kampung masing-masing. Jadi biasanya kawasan perumahan di Selangor dan Kuala Lumpur akan mulai lengang dan sunyi. Ini sebenarnya suasana ‘favourite’ penyamun dan perompak, sakan mencari mangsa. Jadi berikut adalah 10 perkara penting untuk mencegah pecah rumah, kecurian kenderaan dan sebagainya semasa anda pulang ke kampung.
- Ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakkan pemilik rumah. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6 petang hingga 7 pagi setiap hari.
- Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik. Jika anda mempunyai jiran yang tidak balik ke kampung, minta jasa baik untuk tengok-tengokkan rumah anda juga.
- Pastikan alat keselamatan tambahan di pasang seperti di pintu utama dan pintu dapur, serta tingkap di semua tingkat. Perompak biasanya masuk melalui atap rumah. Jika anda mempunyai kunci bilik di rumah, pastikan setiap pintu di dalam rumah dikunci dengan baik.
- Hantar binatang peliharaan ke rumah perlindungan haiwan ataupun klinik veterinar yang mempunyai perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan. Jangan diseksa haiwan kesayangan anda itu ya.
- Jangan tinggalkan barang kemas dan wang tunai serta barang berharga di rumah dan bawa bersama atau simpan di tempat yang lebih selamat.
- Maklumkan kepada pihak polis dengan memberikan maklumat seperti berikut: Nama, alamat, nombor telefon , tarikh balik ke kampung dan pulang ke rumah, nombor kenderaan yang ditinggalkan jika ada. Banyak jabatan polis tempatan mengamalkan program komuniti dan selalunya pihak polis akan menyediakan peronda tambahan di kejiranan anda jika anda memberitahu mereka bahawa anda akan keluar dari bandar.
- Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
- Jika anda menaiki kapal terbang atau pengangkutan awam untuk balik ke kampung, pastikan jika anda memandu sendiri ke lapangan terbang, jangan meninggalkan apa-apa barang yang mempunyai alamat dan maklumat peribadi anda di dalam kereta anda seperti surat, majalah atau akhbar.
- Gunakan media sosial dengan bijak. Untuk mengelakkan ramai orang tahu anda berada jauh dari rumah anda, elakkan menyiarkan gambar percutian anda di media sosial sehingga anda kembali. Selain itu, elakkan berkongsi bahawa anda berada di lapangan terbang atau berjalan di luar bandar melalui laman rangkaian sosial.
- Jika anda menaiki teksi ataupun pengangkutan awam, ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak berkongsi maklumat mengenai lokasi dan maklumat peribadi anda. Kita tidak tahu siapa kawan, siapa lawan.
Akhir sekali, doa jangan dilupa :)
Credit : Wanista.com
0 Response to "10 Tips Keselamatan Penting Sebelum Balik Kampung"
Catat Ulasan