Apa nak Jadi ? Pelajar Sekolah conteng dan bakar bilik darjah ( 6 Gambar )

Apa sudah jadi dengan pelajar sekarang ni semakin berani bertindak luar kawalan menconteng sekolah dan membakar kelas.

Mengikut apa yang diberi tahu Akibat tidak puas hati dengan pertengkaran yang berlaku di laman sosial, seorang pelajar nekad membakar sebuah kelas dan menconteng bilik darjah serta koridor dengan perkataan kesat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di sini kelmarin.




Pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menyimpan perasaan dendam terhadap sekumpulan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.
Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nabila berkata, kata-kata kesat yang diconteng di koridor kelasnya menyasarkan kepada pelajar-pelajar tertentu.
Pelajar yang lakukan ni harus dihukum jangan dibiarkan budak nakal ni pihak sekolah harus bertindak tegas agar perkara sebegini jadi pengajaran kepada yang lain.

0 Response to "Apa nak Jadi ? Pelajar Sekolah conteng dan bakar bilik darjah ( 6 Gambar ) "

Catat Ulasan