Kuala Lumpur : Bayi yang dilahirkan oleh seorang penumpang pesawat
Malaysia Airlines, MH135 ketika dalam perjalanan ke Brisbane, Australia,
Jumaat lalu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke
hospital.
Menurut laporan The Sydney Morning Herald, penumpang itu yang
dikenali sebagai P. Jeyanthi, 27, telah dikejarkan ke Rumah Sakit Kasih
Ibu di Bali.
Sebelumnya, pesawat MH135 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Brisbane mendarat sekitar jam 2.10 petang Jumaat, membuat pendaratan
cemas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.
Tindakan itu berikutan P. Jeyanthi yang hamil 24 minggu itu, mengalami kontraksi untuk bersalin.
Sementara itu, memetik laporan Detik News, doktor dari Rumah Sakit
Kasih Ibu Kedonganan,Bali, Dr Primawati berkata, bayi itu berumur
kira-kira 22 hingga 23 minggu dengan berat 500 gram.
“Kami hanya melakukan pembersihan rahim di bawah pengaruh ubat bius sebab uri masih tertinggal di dalam perutnya.
“Berdasarkan pemeriksaan, usia kehamilan P. Jeyanthi cukup muda dan
boleh dikatakan pramatang. Berat bayi normal adalah 2,500 gram
dalam usia kehamilan 37 minggu,” katanya.
Jumaat lalu, pesawat berkenaan membawa 178 penumpang dan anak kapal
mendarat jam 2.10 petang (12.10 petang waktu tempatan) dan sejurus
mendarat wanita itu terus dikejarkan ke hospital.
Pesawat berkenaan yang membawa 178 penumpang menyambung kembali perjalanannya ke Brisbane pada jam 4.14 petang.
0 Response to "Bayi pesawat MH135 yang mendarat cemas meninggal dunia "
Catat Ulasan