Foto-Foto Majlis Pernikahan Erin Malek & Farriz Fauzy malam ini ( 10 gambar )

Realitinya, bergelar pasangan sah dan halal di sisi agama adalah satu impian yang dinantikan oleh setiap individu. Orang kata memang hati berbunga habis bila selamat bergelar pasangan suami isteri.
Oleh itu, kami yakin bahawa pelakon Erin Malek dan buah hatinya, Farriz Fauzy merasakan perkara yang sama. Walaupun pernah dikritik kerana dianggap terlalu intim semasa tempoh bertunang, percintaan mereka masih utuh seperti sedia kala.
Akhirnya, pada tanggal 10 Oktober 2014, jam 9.12 malam bertempat di kediaman Erin di Ampang, Kuala Lumpur, mereka telah pun selamat diijabkabulkan.









Untuk makluman anda semua, Farriz memberikan RM30,000 wang hantaran dan RM10,000 mas kahwin buat Erin. Selain itu, Farriz juga memberikan 7 buah dulang hantaran dan dibalas dengan 9 buah dulang hantaran oleh pihak Erin.
Ha..buat mereka yang tak tahu, sebenarnya Erin dan Farriz mula berkenalan antara satu sama lain menerusi laman Instagram je tau.
Katanya, selepas 4 bulan mengenali hati budi masing-masing mereka terus membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lalu dalam satu acara yang gilang-gemilang.
Bagus lah kan. Tak perlu nak kenal lama-lama. Bercinta lepas kahwin lagi afdal. Nah, di sini kami sediakan galeri foto sekitar majlis pernikahan pasangan ini. OH BULAN

0 Response to "Foto-Foto Majlis Pernikahan Erin Malek & Farriz Fauzy malam ini ( 10 gambar )"

Catat Ulasan