H0T : Bekas pemandu peribadi Zahida Rafik didakwa pecah amanah RM200,000

Kuala Lumpur : Bekas pemandu peribadi pelakon Zahida Rafik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas tuduhan melakukan pecah amanah wang milik pelakon itu berjumlah RM200,000 dua tahun lepas.
Noor Azman Azmi, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi didakwa melakukan pecah amanah selepas diamanahkan oleh Zahida, 40, untuk memasukkan wang itu ke dalam akaun peribadinya, namun wang itu digunakan untuk kegunaannya sendiri.
Bapa tunggal kepada dua anak yang ditangkap hari ini didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 186 Lorong Kempas 2, Kampung Melayu Ampang pada pukul 11.30 pagi, 29 Februari 2012.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. - Bernama

0 Response to "H0T : Bekas pemandu peribadi Zahida Rafik didakwa pecah amanah RM200,000 "

Catat Ulasan