Hrithik Roshan seorang yang Seksi - Paris Hilton

Sedia maklum, aktor kacak Bollywood ini baru sahaja berpisah dengan bekas isteri iaitu Sussanne Khan pada tahun lalu. Perpisahan mereka mendapat perhatian media di India kerana masing-masing mengambil jalan untuk menutup mulut mengenai apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.
Terbaru, Hrithik Roshan dilihat meluangkan masa bersama Paris Hilton di Dubai. Mereka berdua kelihatan sungguh mesra dalam sebuah makan malam romantik yang diundang oleh chef terkemuka, Greg Malouf yang mengadakan jemputan makan malam sempena pembukaan restoran terbarunya di sana.
Apa yang menjadi perhatian ialah Hrithik dan Paris dilihat sungguh mesra sewaktu makan malam bersama dan mereka berdua tidak kekok ketika berbicara antara satu sama lain. Malah Paris mengambil kesempatan untuk memuat naik foto bersama Hrithik di laman sosial miliknya.
Dengan memakai baju belang hitam putih, Hrithik dilihat sungguh santai sementara Paris bergaya dengan gaun mewah berwarna hitam.
“#Goodtimes di @CleDUbai bersama Hritkhik Roshan. Restoran yang sangat cantik, tempat kegemaran terbaru saya di Dubai,” tulis Paris Hilton menerusi fot tersebut.
Tidak hanya mereka berdua sahaja, antara selebriti terkenal yang turut hadir pada malam tersebut ialah Nicky Hilton, Alessandra Ambrossio, Irina Shayk, Carla DiBello dan Khloe Kardashian.
Ramai pihak mula membuat andaian kononnya, Hrithik dan Paris sedang intim dan cuba untuk mengenali hati budi masing-masing. Apa kata anda jika perkara ini adalah benar. Credit Astro Gempak 

0 Response to "Hrithik Roshan seorang yang Seksi - Paris Hilton"

Catat Ulasan