Identiti bapa kepada anak Muhdalena belum dikenal pasti ?

Kuala Lumpur : Siapa bapa kepada anak Muhdalena Ahmad, wanita amuk yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis masih menjadi tanda tanya ramai.
 
Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub memaklumkan kepada akhbar Malay Mail bahawa maklumat siapa bapa bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

“Kita tidak dapat membuat apa-apa pengesahan setakat ini kerana keadaan mental Muhdalena,” katanya kepada Malay Mail.


Kata Dr Mohd Khairi lagi, bayi lelaki Muhdalena telah diberi rawatan di HSA sebelum ditempatkan di pusat kebajikan.


Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.


Dia kemudiannya telah ditemui semula kurang daripada 24 jam dan ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada jam 3.05 pagi Jumaat.


Muhdalena sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dan menjalani rawatan sakit jiwa sejak Jun sebelum dimasukkan ke HSA.


Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.


Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan. Credit Astro Awani

0 Response to "Identiti bapa kepada anak Muhdalena belum dikenal pasti ?"

Catat Ulasan