SHAH ALAM: Pasar raya Aeon Big sedang menyiasat penyebaran sekeping gambar di Facebook yang menunjukkan terdapat tikus pada longgokan sayur di pasar raya itu.
Menurut sumber Aeon Big, pasar raya itu sedang mengambil langkah perlu untuk menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Ini adalah perkara yang jarang berlaku dan kami sedang menyiasatnya selain mengambil langkah akan diambil bagi memastikan ia tidak berulang.
“Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan, saya tidak boleh komen panjang dan sebarang tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beberapa hari lalu, laman sosial Facebook dan blog kecoh apabila seorang pelanggan pasar raya Aeon Big di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara merakamkan gambar seekor tikus yang dikatakan ditemui di sebalik timbunan sayur di pasar raya itu.
Kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook pelanggan itu mendakwa, kakitangan pasar raya itu juga kelihatan tidak terkejut ketika diberitahu mengetahui penemuan haiwan itu malah tidak meminta maaf kepadanya.
“Saya telah mendesak seorang pekerja di situ untuk memanggil pengurus. Sebaliknya pekerja berkenaan hanya meminta seorang wanita yang bekerja di kaunter penimbang untuk memeriksanya,” katanya menerusi status Facebook beliau.
GAMBAR yang dimuat naik pada 29 September lalu itu telah dikongsi sebanyak 8,300 kali. Credit SINAR

0 Response to "Pasar Raya Aeon Big siasat dakwaan tikus dalam sayur"
Catat Ulasan