Pemandu lori jadi orang kaya satu hari sempat belanja 30 ribu

Klang: Seorang pemandu lori ditahan polis selepas didapati mencuri wang milik sebuah bank di Kapar, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek yang berusia 37 tahun ditahan selepas mencuri beg yang berisi wang berjumlah RM189,240. 
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, sebelum kejadian, beg yang mengandungi wang itu tanpa sengaja ditinggalkan syarikat keselamatan yang bertanggungjawab menguruskan wang itu sebelum dijumpai suspek. 

"Ketika itu suspek ke bank berkenaan untuk membuat transaksi sebelum terjmpa beg berkenaan dan menyorokkannya ke bahagian belakang mesin deposit terbabit.

"Siasatan lanjut mendapati suspek sudah membelanjakan RM30,000 daripada wang itu," katanya.HM

0 Response to "Pemandu lori jadi orang kaya satu hari sempat belanja 30 ribu "

Catat Ulasan