Senarai Pemenang APM 2014 : Datuk Siti Nurhaliza rangkul dua trofi

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza membawa pulang dua trofi di malam kemuncak Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang berlangsung di Suntec, Singapura, malam tadi.

Dia diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu Lebih Indah.

Selain Siti, kumpulan rock terkenal Malaysia, Wings menerima Anugerah Khas Planet Muzik atas sumbangan mereka dalam industri muzik di rantau ini.

Turut memenangi trofi adalah beberapa artis tempatan lain iaitu Hafiz Suip bersama penyanyi popular Indonesia, Rossa bagi kategori Duo Terbaik untuk lagu berjudul Salahkah.

Selain itu, gelaran Artis Baru Wanita Terbaik dimenangi Fynn Jamal manakala Kolaborasi Artis Terbaik dimiliki Altimet dan Awi Rafael menerusi lagu Kalau Aku Kaya.

Majlis gilang-gemilang itu menyaksikan gandingan pengacara tiga negara iaitu Nabil (Malaysia), Sarah Sechan (Indonesia) dan Dyn Norahim (Singapura)

APM bertujuan memberi pengkitirafan kepada bakat dalam industri muzik Melayu serantau dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Senarai penuh pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2014
Artis Baru Lelaki Terbaik - Tulus
Artis Baru Wanita Terbaik - Fynn Jamal
Artis Paling Popular APM - Kumpulan Noah
Lagu Paling Popular APM - Dia Dia Dia (Fatin Shidqa Lubis)
Duo Kumpulan Terbaik - Hafiz Suip & Rossa (Salahkah)
Band Terbaik - Noah
Kolaborasi Terbaik Artis - Altimet & Awirafael (Kalau Aku Kaya)
Kolaborasi Lagu Terbaik - Mimpi (Aisyah Aziz/ Faizal Tahir/ Omar K)
Artis Lelaki Terbaik - Judika (Mama Papa Larang)
Artis Wanita Terbaik - Siti Nurhaliza (Lebih Indah)
Lagu Terbaik Singapura - Tiada Pengganti (Sufie Rashid/ Izwan Khuzir & Rusdi Badri/ Shafiq Iskandar & Sufie Rashid)
Lagu Terbaik Malaysia - Lebih Indah (Siti Nurhaliza / Aubrey Suwito/ Ad Samad)
Lagu Terbaik Indonesia - Setelah Kau Tiada (Cakra Khan/ Aldi Nada Permana)
Lagu Terbaik APM - Setelah Kau Tiada (Cakra Khan)
Anugerah Khas Planet APM - kumpulan Wings

Credit Harian Metro.

0 Response to "Senarai Pemenang APM 2014 : Datuk Siti Nurhaliza rangkul dua trofi "

Catat Ulasan