Senarai penuh barangan dikecualikan GST

Petaling Jaya  : Kerajaan telah mendedahkan senarai nama barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015. 

Terdapat lebih 900 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST. 

Antara perkhidmatan yang dikecualikan cukai ialah pendidikan swasta dan perkhidmatan kesihatan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa kategori barangan yang dikecualikan daripada GST dalam ucapan pembentangan Bajet 2015 Jumaat lalu. 
Senarai penuh barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST telah digazetkan dan kini boleh diketahui dengan melayari laman web, e-Warta Persekutuan. Credit Mstar 

0 Response to "Senarai penuh barangan dikecualikan GST"

Catat Ulasan