Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga
 anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin 
menyelamatkan perkahwinan mereka. 
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu 
kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim 
Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang. 
"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya 
dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu. 
Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah. 
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003
 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang 
anak lelaki berusia empat tahun. 
Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya 
hanya berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya". 
 

 
0 Response to "Suami enggan cerai kerana masih sayangkan nya"
Catat Ulasan