Berdasarkan sistem jaminan New Zealand, seseorang defendan boleh dibebaskan semasa prosiding berlangsung tetapi perlu mematuhi beberapa syarat khusus selain perlu menghadiri perbicaraan mahkamah yang ditetapkan.
Jaminan ini tidak melibatkan pembayaran wang.
Ketika membenarkan jaminan itu, Tompkins turut mengenakan beberapa syarat termasuk Rizalman perlu menyerahkan pasportnya bagi mengelak daripada menghubungi wanita yang didakwa mangsanya dan tidak keluar di waktu malam.
Rizalman dilihat segera beredar menuju suatu lokasi yang tidak dinyatakan selepas perbicaraan kes itu tetapi perlu hadir semula ke mahkamah minggu depan bagi pendengaran permohonan berkaitan lanjutan jaminan.
Dalam undang-undang New Zealand, defendan dan pihak yang mendakwa menjadi mangsa mempunyai hak untuk memohon supaya nama mereka tidak dihebahkan dalam media tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Dalam kes ini, Tania Billingsley yang mendakwa menjadi mangsa, bersetuju namanya disiarkan supaya beliau boleh bercakap tentang kes itu manakala bagi Rizalman pula, tumpuan utama media terhadapnya menjadikan beliau tidak lagi mempunyai pilihan. - Bernama
0 Response to "Rizalman dibenarkan diikat jamin"
Catat Ulasan