Dalam situasi kecemasan, kepantasan atau kelewatan tibanya bantuan perubatan boleh mewujudkan perbezaan antara hidup dan mati.
Justeru, makin pantas sesuatu pasukan perubatan itu mampu tiba ke
sesuatu lokasi, maka makin cerah peluang hidup sesorang mangsa atau
pesakit.
Atas konsep itu, Dubai (Di bawah Emiriyah Arab Bersatu – UAE)
baru-baru ini melancarkan perkhidmatan ambulans yang boleh ditafsir
sebagai yang terpantas di dunia.
Ini kerana, ambulans mereka tidak menggunakan kenderaan ala-ala lori
seperti di tempat lain seluruh dunia, sebaliknya menggunakan kereta
sport Lotus Evora dengan kelajuan kenderaan itu mampu mencapai 300
kilometer sejam.
Ia tidak membawa sebarang katil, Jelas ia bertujuan untuk memastikan pasukan perubatan tiba secepat
mungkin ke lokasi kejadian dengan membawa perlatan yang paling penting.
Selepas itu baru ambulans sebenar akan dihantar untuk membawa mangsa ke hospital, Selain jenama kenderaan itu, perkhidmatan kesihatan Dubai juga akan menggunakan jenama Ford Mustang dan Chevrolet Corvette.
Rasanya tindakan kreatif ini pasti akan membentu menyelamatkan lebih banyak nyawa. Credit MNH
0 Response to "Lotus Evora Ambulans paling pantas di dunia ( 3 Gambar ) "
Catat Ulasan