Mario Balotelli bebas tuduhan ancam wanita

London : Penyerang Liverpool, Mario Balotelli tidak akan berdepan tindakan undang-undang mengenai laporan bahawa dia mengancam seorang wanita yang merakamkan gambar kereta Ferrari milik pemain itu, menurut polis, hari ini.

Polis Greater Manchester dipanggil untuk menyiasat Khamis lalu membabitkan tingkah laku garang pemain skuad kebangsaan Itali berusia 24 tahun yang difahamkan melawat ibunya ketika itu.

Namun, selepas menyoal siasat wanita yang membuat panggilan itu, polis mendapati tidak ada sebab untuk membuat penyiasatan

"Pegawai polis sudah menyoal wanita yang membuat aduan itu dan tiada kesalahan jenayah dinyatakan dan tiada jenayah dirakamkan. Tiada sebarang tindakan akan diambil."

 Balotelli mengalami permulaan sukar di Liverpool sejak berpindah dari AC Milan dan hanya menjaringkan satu gol sahaja daripada 11 kemunculan pertama. - AFP

0 Response to "Mario Balotelli bebas tuduhan ancam wanita "

Catat Ulasan