Terkini : Gambar di Istiadat pertunangan dan akad nikah TMJ ( 4 Gambar )


Istiadat pertunangan dan akad nikah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, dan puteri pilihannya, Cik Khaleeda Bustamam, 21, akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sini pada pukul 10 pagi tadi.

Istiadat yang berlangsung secara tertutup itu akan dimulakan dengan majlis pertunangan kedua-dua pasangan tersebut sebelum pertukaran hantaran dan majlis akad nikah.




Ayahanda Tunku Ismail, Sultan Ibrahim dan bondanya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menghadiahkan tujuh dulang barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan membalasnya dengan sembilan dulang barangan.

Selepas itu, Tunku Ismail akan melafazkan akad nikah pada satu istiadat yang dikendalikan oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.

Istiadat persandingan yang berlangsung secara tertutup pula dijadualkan berlangsung pada 8 November ini. Akan dikemaskini Credit Bharian, Rotikaya, Kosmo

0 Response to "Terkini : Gambar di Istiadat pertunangan dan akad nikah TMJ ( 4 Gambar )"

Catat Ulasan