Tiada jualan tiket Piala Malaysia di kaunter Stadium Bukit Jalil

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah memberitahu, tiada lagi penjualan tiket di pekarangan stadium menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menurut Afandi, demi memastikan tiada kekecohan yang berlaku, pihaknya sebulat suara memutuskan untuk melaksanakan sistem online 100 peratus bagi lebihan tiket daripada 90,000 ribu yang diperuntukkan dalam perlawanan tersebut.

“Sejumlah 40,000 tiket masing-masing akan diberikan kepada JDT dan Pahang, dan pengagihan tiket kepada mereka akan bermula esok (hari ini) dan mereka boleh menjual di negeri masing-masing keesokan hari.

"Bagaimana penjualan, itu terpulang kepada kedua-dua pasukan, cuma kami ada menyarankan agar mereka mengagihkan tiket itu kesemua daerah bagi membolehkan semua peminat mendapatkannya.

"Manakala baki 10,000 lagi tiket hanya akan dijual menerusi online bermula Rabu ini. Pembelian secara online boleh dibuat menerusi www.tikethotline.com.my dan penebusan tiket boleh ditebus di kaunter Stadium Putra Bukit Jalil," katanya.

Afandi yang merupakan Timbalan Presiden FAM berkata setiap penyokong hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket yang berharga RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Katanya lagi, bagi memudahkan laluan trafik, penyokong kedua-dua pasukan yang menaiki bas dinasihatkan datang awal dan mematuhi peraturan masa yang telah ditetapkan oleh badan induk itu.
"Difahamkan hampir 400 bas penyokong kedua-dua pasukan akan hadir di Stadium Bukit Jalil. Memandangkan ada Himpunan Anak-Anak Sarawak seluruh Malaysia termasuk perayaan agama Buddha di stadium tersebut, dijangka kesesakan trafik akan berlaku.

"Setelah mendengar nasihat PDRM, kami setuju supaya dua tempat dibuat parking bas iaitu di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk peminat JDT dan Technology Park Malaysia (TPM) bagi JDT.

"Semua bas perlu berada di stadium selewat-lewatnya sebelum 2 petang, kalau  tidak dipatuhi, mungkin bas tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa," katanya.

- Harga tiket dewasa (RM40) - maksimum 4 keping tiket

- Kanak-kanak Bawah 12tahun (RM5)

Untuk Tiket Online KLIK SINI www.tikethotline.com.my

0 Response to "Tiada jualan tiket Piala Malaysia di kaunter Stadium Bukit Jalil "

Catat Ulasan