Tindakan pijak bendera JOHOR di kutuk

Tindakan memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.

Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.

Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam. Sinar 

0 Response to "Tindakan pijak bendera JOHOR di kutuk "

Catat Ulasan