Titi pun ada jenama Fareeda ?

Titi pun ada jenama Fareeda mungkin pelik apa yang kita dengar, namun itu lah hakikat nya bukan apa Pihak Fareeda telah membuat satu Titi Khas kepada pelanggan mereka yang ingin ke Butik mereka dari jalan utama di sectian 8 Bandar Baru Bangi di hadapan HQ Fareeda di Bangi.

Demam tudung Fareeda masih lagi hangat terutamanya buat peminat tegar jenama tudung popular ini. Tudung Fareeda yang dikenali dengan nama-nama eksklusif mengikut corak dan potongan tudung ini amatlah popular sehinggakan ada pelanggan yang sanggup tidur dan beratur di kaki lima hanya kerana mahu memiliki tudung ini.

Ada di antara tudung Fareeda ini edisi terhad, jadi bermalam ataupun berkampung di luar butik Fareeda yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi ini.

Justeru itu, pihak Fareeda mengambil inisiatif untuk memudahkan pelanggan datang ke kedainya, dengan itu pihak Fareeda juga bermurah hati menyediakan laluan khas  titi yang disimen di atas longkang berhadapan butik mereka telah siap pada 12 Oktober lalu. Credit Wanista 

0 Response to "Titi pun ada jenama Fareeda ? "

Catat Ulasan