Wanita tidak tahu diri nya hamil kini lahirkan kembar


Seorang wanita dari Iowa, Amerika Syarikat, Shelby Magnani, bertemu doktor selepas dia mengalami sakit menyucuk di bahagian sisi perutnya. 

Namun Shelby terkejut besar apabila diberitahu dia hamil 6 bulan dan perlu melahirkan bayinya dalam kadar segera.

Lebih mengejutkan Shelby, bayinya bukan satu, tetapi dua!

Anak kembar Shelby, Anna dan Ava, selamat dilahirkan beberapa jam kemudian melalui proses C-section.

Tunang Shelby, James Croskey juga amat terkejut menerima berita itu dan kini masih sedang cuba menyesuaikan diri dengan status barunya sebagai bapa.

0 Response to "Wanita tidak tahu diri nya hamil kini lahirkan kembar"

Catat Ulasan