Tragis : Dua anggota polis maut pondok bertugas di timpa pokok ( 3 Gambar )

Kuala Lumpur : Dua anggota polis yang bertugas di pondok stor simpanan barang kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Belfield, Kampung Attap, di sini, maut selepas pondok kontena itu dihempap sebatang pokok, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, kedua-dua mangsa sedang bertugas di pondok berkenaan.

Anggota polis yang terkorban ialah Koperal Dzulkhairi Ahmad dan Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi.
Difahamkan seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Al-Fatihah 

0 Response to "Tragis : Dua anggota polis maut pondok bertugas di timpa pokok ( 3 Gambar ) "

Catat Ulasan