Video : Dua isteri maut bersama suami dalam kemalangan ngeri di Rompin

VIDEO KLIK SINI
Rompin: Enam sekeluarga terkorban ketika dalam perjalanan pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih, kira-kira 8 malam tadi.
Kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, Perodua Myvi dan Perodua Alza.
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata enam sekeluarga terbabit yang menaiki Alza dalam perjalanan dari Segamat, Johor, menuju ke Kuantan.

Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang maut

1) Azhar Mat Ali 
Umur: 43 tahun
Alamat : No. 22 Kg Parit Pasir Lama 81500 Pekan Nenas Johor.

2) Siti Habibah Kasbon 
Umur: 43 tahun
Alamt: No. 246 Blok 10 Felda Air Tawar 5, 81900 Kota Tinggi Johor.

3) Zaliha Johar 
Umur: 42 tahun
Alamat: No. 22 Kg Parit Pasir, 81500 Pekan Nenas, Johor.

"Kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Akibatnya, kenderaan berkenaan merempuh bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi, malam tadi. HM 

0 Response to "Video : Dua isteri maut bersama suami dalam kemalangan ngeri di Rompin "

Catat Ulasan