Video Viral : Gol Jaringan Pelawak Jep Sepahtu bertaraf Dunia

Siapa sangka pelawak dalam kumpulan Sepahtu, Jep begitu lincah bermain bola sepak dan sepakan percumanya ada kelas antarabangsa.
Jep melakukan sepakan percuma yang boleh dianggap kelas dunia itu pada perlawanan amal antara Super Lawak FC bertemu pasukan MB Perak di Stadium Ipoh, kelmarin.
Dalam perlawanan itu, pasukan Jep tewas 1-4 kepada pasukan MB Perak.
Gol sepakan percuma itu hari ini menjadi viral apabila ia dimuatnaik ke laman YouTube Perak The Yob semalam.
Tendangan Jep tinggi di udara dan melencong sebelum terkena tiang serta menerjah jaring lawan. Penjaga gol MB Perak, Ramli Talib tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan sepakan itu.
Tidak disangka Jep mempunyai kemahiran mengambil sepakan percuma sedemikian rupa.
Mungkin selepas ini, Jep ada ruang untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT). - Credit MNH

0 Response to "Video Viral : Gol Jaringan Pelawak Jep Sepahtu bertaraf Dunia"

Catat Ulasan