Seramai 16 pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebuah pusat karaoke di sebuah hotel yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan dalam satu serbuan polis di Petaling Jaya, malam tadi.
Serbuan yang dibuat anggota unit Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya seawal jam 8.15 malam berdasarkan maklumat risikan yang diterima polis, GRO terbabit mengenakan bayaran sebanyak RM130 untuk menghiburkan pelanggan yang datang ke pusat karaoke itu.
Manakala khidmat seks untuk memuaskan nafsu pelanggan ditawarkan pada harga antara RM200 hingga RM300 dan rundingan itu dilakukan di luar premis.
Dalam serbuan yang diketuai oleh Asisten Mohd Nazri Daud bersama dua pegawai dan lapan anggota, ppremis itu didapati mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Namun daripada 12 wanita warga China dan empat Vietnam yang ditahan, dua didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, seorang menggunakan pas pelajar dan yang lain didapati menyalahgunakan visa pelancong untuk bekerja di negara ini.
“Ketika serbuan, hanya 12 pelanggan berada di dalam premis yang beroperasi dari jam 6 petang hingga 2 pagi itu” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim kepada media selepas serbuan itu..
Katanya lagi, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan 39B Akta Imigresen. The Rakyat Post
0 Response to "12 GRO China dan Vietnam ditahan seawal jam 8 malam tadi"
Catat Ulasan