Seorang pekerja kilang di Kampung Bukit, Bayan Lepas, Pulau Pinang terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas bonet keretanya kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu.
Bayi yang dibalut dengan kain cadar itu ditemui oleh pekerja kilang berkenaan selepas beliau terdengar bunyi bayi menangis sebaik sampai di rumah selepas pulang dari bekerja syif malam.
Beliau kemudian bertindak menghantar bayi berkenaan ke Balai Polis Bayan Lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nor Salawati Saad berkata, bayi tersebut telah dihantar ke sebuah hospital di Balik Pulau oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan keadaannya dilaporkan stabil.
Polis kini sedang menjejaki ibu bayi tersebut. Credit therakyatpost
0 Response to "Kejam : Bayi lelaki masih bertali pusat ditinggal atas bonet kereta "
Catat Ulasan