Dungun : Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda,
Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai berpusu-pusu
ke pantai terbabit untuk mengutip kerang yang memenuhi dua pantai berkenaan,
semalam.
Kehadiran kira-kira 200 orang yang tidak melepaskan 'rezeki terpijak' itu
menjadikan keadaan sekitar pantai seumpama pesta.
Difahamkan, lambakan kerang ditemui penduduk sejak jam 2 petang dan kejadian
itu dipercayai disebabkan spesies bercengkerang itu dihanyutkan ombak kuat ke
pantai.
Mizan Mamat, 36, dari Marang, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas
dimaklumkan seorang rakan sebelum segera ke pantai Rhu Muda untuk tidak
melepaskan peluang keemasan itu.
"Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang
mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya ketika ditemui di pantai Itu,
semalam.
Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun
lambakan kerang di Pantai Sura tidak sehebat Pantai Rhu Muda, dia tetap
mengumpulkan kira-kira lima kilogram.
"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan
Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang
dilaporkan di Marang," katanya. Credit HM
0 Response to "7 Gambar : Rezeki terpijak fenomena Kerang naik kedarat di Terengganu "
Catat Ulasan