Emma tak perlu takut dengan saya - Juliana Evans

Sejak berita kepulangan pelakon cantik, Juliana Evans atau lebih mesra disapa Jue diketahui umum, pelbagai spekulasi yang timbul.  Malah tidak dinafikan dia menjadi buruan pihak media bagi menjawab beberapa persoalan yang tergantung sepanjang ketiadaannya di Malaysia.
 
Selain kisah peribadi, cerita yang mendakwa timbul pergaduhan antara dia dan Emma Maembong di Los Angeles pada awal tahun ini antara yang ditunggu-tunggu memandangkan tiada sebarang jawapan daripada pihak Jue berkenaan isu terbabit.
 
"Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka.  Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar. 

 
"Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain.  Tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.  Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa," jelas Juliana .
 
Meski kepulangannya ke Malaysia sejak 16 November lalu di atas beberapa urusan kerja, masih ada cakap-cakap yang menyifatkan Jue mahu membalas dendam atau dalam erti kata lain cuba mengganggu hubungan yang kini terjalin antara Zizan dan Emma.
 

"Buat apa saya nak dendam atau marah, kerana antara kami hanya kawan rapat sahaja.  Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia.  Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan.
 
"Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama.  Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak.  Dan untuk Emma, tak perlu takut dengan saya," pinta Jue.
 
Siapa sangka, belum pun dia menjejakkan kaki ke Malaysia, sudah menanti beberapa naskhah yang perlu dilunaskan pelakon filem 'Mael Lambung' ini.
 
"Ketika masih di sana lagi, pihak pengurusan saya di sini iaitu Uprising Entertaintment sudah menerima beberapa tawaran untuk saya.  Dan pada Disember ini saya akan ke lokasi penggambaran filem '7 Dimensi Alif' dan sebuah drama 13 episod.
 
"Selepas itu, saya akan kembali semula ke LA kerana di sana saya juga terlibat dengan beberapa projek lakonan.  Di sana kerjaya lakonan saya diuruskan oleh sebuah agensi.  Kiranya, saya akan berulang-alik antara Malaysia dan LA.  Itu pun berdasarkan komitmen kerja yang telah disusun," cerita Jue tentang kerjaya lakonannya. Credit Media Hiburan

0 Response to "Emma tak perlu takut dengan saya - Juliana Evans"

Catat Ulasan