Adakah Beyonce sedang mendalami Islam ?


Benarkah penyanyi antarabangsa popular, Beyonce kini dalam proses mengenali agama Islam?

Itu kesimpulan yang dibuat ramai apabila Beyonce meletakkan status bergambar di laman instagram miliknya, satu petikan ayat Quran surah Al- Insyirah ayat 5 dan 6 yang terjemahannya bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Tindakan diva R&B itu nyata mengundang kejutan ramai, namun tidak kurang juga yang gembira dengan perkembangan berkenaan.
Namun begitu, mungkin status sebegitu dimuat naik oleh Beyonce memandangkan dia masih bersedih dengan pemergian rakannya yang juga merangkap jurugambarnya, Yosra al-Essawy. Yosra berketurunan Inggeris - Mesir meninggal dunia kerana barah esophagus yang telah dihidapinya sejak lebih setahun lalu.

Ayat berkenaan dipilih Beyonce mungkin kerana ia mengandungi istilah ‘Yosra’ yang bermaksud ‘lega’ dalam bahasa Arab dan dilihat sebagai satu penghormatan untuk sahabatnya itu.

0 Response to "Adakah Beyonce sedang mendalami Islam ?"

Catat Ulasan