Sekitar Februari 2014 yang lalu, timbul khabar angin yang mengatakan
pelakon Dynas Mokhtar sudah bercerai dengan suaminya, Hafizy Hafiz namun
ianya dinafikan oleh empunya badan hingga beberapa bulan selepas itu masih mengatakan semuanya baik sahaja.
Namun menerusi temubual eksklusif dengan Berita Harian hari ini, Dynas Mokhtar
akhirnya buka mulut dan mengakui yang kisah penceraian mereka pada
Februari lalu benar belaka dan mereka sudah pun tamat tempoh edah
sekitar Mei yang lalu.
“Masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam
di awal perkahwinan komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami
berkongsi itu dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan
perkahwinan ini, masing masing buat hal sendiri,” jelasnya.
Dynas Mokhtar menambah yang pada mulanya masalah mereka hanya perkara
kecil namun ianya berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.
Tetapi, beliau menafikan yang ianya berpunca dari isu bekas suaminya itu
yang tidak mempunyai kewangan yang stabil.
“Kami pernah cuba untuk mengatasi kehambaran yang timbul tapi
ternyata perpisahan menjadi jalan terakhir buat kami. Kami masih menjadi
kawan baik biarpun sudah tidak bersama malah beraya naik satu kereta
dengan anak anak,” tambahnya lagi.
Perkahwinan yang dibina bersama Hafiz Hafizy pada 15 Mac 2008
terpisah secara rasmi pada 25 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah
Wilayah Persekutuan KL. Roti Kaya
0 Response to "Dynas Mokhtar kini solo sah bercerai Februari lalu "
Catat Ulasan