Gempar : Lelaki mati bersama-sama lembu dalam keadaan B0gel

Tanah Merah: Seorang penternak yang sibuk mencari lembunya yang hilang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan dalam keadaan bogel di kandang lembu miliknya di Kampung Panglima Bayu, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Hussin, 61, sedang mencari seekor lembu dekat kandang itu selepas gagal menemuinya di lokasi ia ditambat.

"Sejak jam 9 pagi lagi saya keluar dengan seorang rakan, Kiman Hasan untuk cari lembu yang hilang dari tempat ia ditambat.

"Pencarian kami diteruskan ke kandang terdekat dan ketika melalui kawasan kandang itu, saya terkejut melihat seorang lelaki terbaring mengiring dalam keadaan bogel.

"Turut berada di situ adalah lembu saya yang sudah mati," katanya ketika ditemui. Mohd berkata, dia dan Kiman, 47, kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. Credit Harian Metro

0 Response to "Gempar : Lelaki mati bersama-sama lembu dalam keadaan B0gel "

Catat Ulasan