K0ndom Gergasi Merah Jambu hiasi Bandar Sydney (4Gambar)

SYDNEY : Bimbang disalah anggap sebagai lucah, Majlis AIDS Negeri New South Wales (ACON) hanya menyalut sebatang tiang warisan bersejarah mercu tanda utama di pusat bandar Sydney dengan kondom gergasi berwarna merah jambu selama enam hari sahaja.
Ia ekoran rungutan beberapa badan hal ehwal keagamaan tempatan yang menyelar usaha terbaharu ACON itu sebagai disifatkan tidak sesuai dipasang di tempat awam apatah lagi dilihat kanak-kanak walaupun niat asalnya mempromosikan aktiviti seks secara selamat.
“Ini amat memalukan masyarakat dan mungkin boleh disalah faham budak kecil sendiri sebagai menggalakkan budaya seks bebas,” kata jurucakap Australian Christian Lobby, Wendy Francis kepada agensi berita tempatan Associated Press Australia.


Kondom setinggi 18 meter itu menyalut sebatang obelisk terkenal di Hyde Park tengah bandar raya itu dipasang pada 7 November lalu dan akan diturunkan pada Rabu ini berbanding tempoh asal sehingga sambutan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember depan.
“Kami perlu kaedah lain kerana ramai tidak senang dengan cara kami,” kata jurucakap ACON, Nicholas Parkhill yang mendakwa, peningkatan kes HIV/AIDS pada masa ini banyak disebabkan lelaki gay kurang memakai kondom pada zakar mereka sebelum bersetubuh.
Bilangan penghidap HIV baharu di seluruh Australia dilaporkan meningkat pada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun dengan kira-kira 1,235 kes direkodkan pada 2013 lalu, sebahagian besarnya melibatkan aktiviti seks dalam kalangan gay. – Agensi

0 Response to "K0ndom Gergasi Merah Jambu hiasi Bandar Sydney (4Gambar)"

Catat Ulasan