Kalau di luar negara, nama Victoria Beckham, Shakira dan Cheryl Cole adalah sebahagian daripada nama-nama yang sinonim dengan pemain bola sepak.
Apa kata kita lihat WAGS (atau ex-WAGS) di Malaysia yang hari ini cukup popular dan menjadi buah mulut masyarakat.
Bersempena dengan Piala Suzuki yang sedang berlangsung sekarang, kami bawakan kepada anda senarai WAGS di Malaysia.
WAGS adalah gelaran yang diberikan kepada isteri, tunang atau teman wanita pemain bola sepak.
Ayu Raudah (pelakon)
Isteri kepada Zaquan Adha Abd. Razak (JDT 2)
Diperkenalkan oleh seorang kawan sekitar tahun 2009, perwatakan lemah-lembut Ayu berjaya memikat Zaquan. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki comel, Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryann.
Fakta menarik: Zaquan melamar Ayu hanya selepas dua minggu mereka berkenalan.
Siti Aisya Adam (pramugari Air Asia)
Isteri kepada Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo (JDT)
Orangnya memang cantik, namun dikritik hebat masyarakat dan peminat bola sepak gara-gara sikap 'lepas mulut'nya. Sedikit sebanyak, ia memberi impak negatif kepada kerjaya si suami.
Namun di sebalik kisah panas itu, percaya atau tidak, kehidupan peribadi Aisya dan Mat Yo boleh dikatakan agak low-profile, walaupun Mat Yo merupakan antara penyerang terhebat pernah dilahirkan di Malaysia. Pasangan ini dilaporkan mempunyai seorang anak.
Fakta menarik: Aisya dan Mat Yo bertemu di dalam pesawat ketika Aisya sedang bertugas, dan berkahwin 4 bulan selepas berkenalan iaitu pada bulan September 2010.
Leuniey Natasha (ahli perniagaan/model)
Isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat atau Apek (Kelantan)
Tidak memerlukan tempoh perkenalan yang lama, sebaliknya tempoh kurang setahun sudah cukup untuk meyakinkan penjaga gol nombor satu negara ini untuk menyunting Leuniey sebagai isteri. Berkahwin pada awal tahun 2013, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan comel, Kayla Elayna, awal tahun ini.
Fakta: Mereka dikatakan saling jatuh hati selepas terlibat sebagai model/jurucakap produk wangian SimplySiti milik penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.
Nan Suhaida Megat Deraman (pekerjaan tidak diketahui)
Isteri kepada Norfarhan Muhammad (Terengganu)
Tak banyak yang diketahui tentang wanita ini kerana yang jelas, dia hanya wanita biasa yang bertemu jodoh dengan pemain bola sepak ternama. Namun namanya tiba-tiba menjadi sebutan khususnya kaum wanita gara-gara panggilan yang dibuat sebuah stesen radio yang bertujuan untuk mengenakannya.
Dalam panggilan itu, si pemanggil (seorang wanita) mengakui menjalin hubungan terlarang dengan Farhan dan kini sedang hamil hasil hubungan itu. Namun ketenangan yang ditunjukkan Nan Suhaida begitu mengkagumkan dan cara dia menangani panggilan itu juga disifatkan sangat 'bermaruah'. A classy woman, indeed. Mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki.
Selain iatu ramai lagi WAGS untuk pemain bolasepak Malaysia antara nya Adili Zafuan, Safee Sali, Safiq Rahim, Fadhli Shas dan ramai lagi. Oleh Tiffany HNS Credit Mylunchpad
0 Response to "Kenali WAGS : 8 Wanita Pendamping Pemain Bola Sepak Malaysia"
Catat Ulasan